Teknologi Yang Meneraju Dunia: Peranan Vivo 5G Dalam Inovasi Masa Depan Comments Off on Teknologi Yang Meneraju Dunia: Peranan Vivo 5G Dalam Inovasi Masa Depan 184

Seiring dengan perkembangan teknologi pada zaman ini, banyak perubahan yang telah kita alami. Menurut Ericsson Mobility Report yang dijalankan pada bulan November 2018, trafik data mudah alih global dijangka terus berkembang lima kali ganda sebelum akhir tahun 2024; terutamanya di kawasan bandar padat, rangkaian 4G semasa tidak mungkin mencukupi. Dengan permintaan global yang bertambah untuk rangkaian berkelajuan tinggi, kami memerlukan teknologi yang bersesuaian untuk menyokong keperluan kami dan 5G adalah jawapannya.

Berikutan pelancaran vivo NEX 3 baru-baru ini di Malaysia, dimana peranti tersebut dibentangkan sebagai peranti 5G yang pertama di Malaysia – NEX 3 ternyata muncul tepat pada masanya untuk memberikan pengalaman 5G yang terbaik kepada pengguna. Perbincangan panel telah dianjurkan baru-baru ini oleh Vivo Malaysia untuk membincangkan peranan penting 5G dalam industri peranti pantas. Perbincangan ini telah melibatkan Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Rene Bernard, Presiden Access Blockchain Association Malaysia, dan Kenneth Ho, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Beamstart Malaysia.

Sebagai salah satu pengeluar peranti pintar terkemuka, vivo telah membina sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan teknologi 5G di Beijing, China pada tahun 2016. Pada suku pertama tahun 2017, vivo telah berkongsi perkembangan teknologi dalam High Power User Equipment (HPUE) di Global TD-LTE Initiative (GTI) Summit 2017 di Barcelona dengan tujuan untuk mempamerkan komitmen mereka kepada pembangunan 5G.

“Vivo merupakan sebuah syarikat yang didorong oleh perkembangan teknologi melalui inovasi produk dengan tumpuan kepada peranti dan perkhidmatan pintar. Kami memperkenalkan strategi untuk memperluaskan teknologi 5G untuk merangkumi kacamata AR, jam pintar, fon kepala pintar, dan banyak lagi sambil menggunakan peranti pintar 5G sebagai keutamaan.” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia semasa perbincangan panel.

Selain itu, vivo juga berusaha untuk membangunkan produk yang memenuhi keperluan orang ramai sambil menguatkuasakan aplikasi 5G dalam semua produk mereka.

“Untuk menyokong keperluan pengguna dalam perhubungan dunia digital dan fizikal sambil memberikan pengalaman pengguna yang lebih holistik dan memuaskan melalui semua peranti 5G vivo, vivo mengguna pakai pendekatan berbilang peranti, berbilang aplikasi, dan berbilang senario,” tambah Mike Xu.

Pada tahun yang sama, vivo dan Qualcomm menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai AS$4 bilion. MoU ini menandakan kerjasama teknikal dan perkongsian paten vivo dan Qualcomm yang memastikan kedudukan terkemuka vivo dalam industri teknologi mudah alih.

Pada tahun 2018, vivo telah mengumumkan rancangan untuk menerajui perkembangan industri peranti pintar 5G pra-komersial menerusi pengenalan perisian dan perkakasan 5G berdasarkan siri peranti pintar vivo NEX.

Di samping itu, vivo telah selesai dengan pembangunan awal perisian dan perkakasan peranti pintar 5G untuk vivo NEX. Tampil dengan modem X50 Qualcomm, vivo telah bersedia dengan perancangan seni bina, susunan penempatan 3D, reka bentuk antena frekuensi radio, dan ruang bateri yang optimum untuk NEX bagi keupayaan peranti tersebut untuk menampung kemampuan 5G.

Pada bulan Jun 2018, vivo telah meneliti kerjasamanya dengan Qualcomm untuk menangani pembangunan kritikal 5G dengan pembinaan antena 5G mereka. Ini merupakan suatu kejayaan yang penting kerana kemunculan 5G telah mencipta cabaran yang hebat dalam perekaan peranti dan pengendalian rangkaian. Untuk menyokong sepenuhnya pelancaran perkhidmatan 5G, keperluan dan kekukuhan yang lebih tinggi diperlukan dalam rekaan dan teknologi antena.

Perkhidmatan 5G berfungsi untuk mencapai matlamat hubungan individu yang kian meningkat dan untuk menambah baik hubungan individu dengan dunia luar melalui mana-mana peranti, pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Oleh sebab yang demikian, vivo telah berkongsi wawasan mereka tentang pembangunan 5G dan bagaimana ia akan memperkasa era kehidupan pintar semasa Qualcomm’s 4G/5G Summit yang telah diadakan di Hong Kong pada tahun 2018.

Pada bulan Jun 2019, vivo telah melancarkan inovasi yang terbaharunya di Mobile World Congress (MWC) Shanghai 2019 sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk menyampaikan pengalaman mudah alih yang lebih canggih di era 5G. Selaras dengan tema MWC tahun ini iaitu “Intelligent Connectivity”, vivo telah mempamerkan beberapa peranti pintar dan aplikasi pintar yang menyokong perkhidmatan 5G, serta penemuan teknologi baharu sambil membuktikan komitmen mereka untuk memperkasa pengalaman mudah alih generasi seterusnya.

Meskipun demikian, Vivo tidak akan berhenti di sini. Vivo akan kekal berusaha untuk mengembangkan teknologi yang inovatif khas buat setiap produk mereka untuk membawa perubahan yang besar kepada kehidupan orang ramai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend