Teknologi ‘Wireless Reverse Charging’ Pada Huawei Mate 20 Pro Mampu Mengecas Peranti Lain Sehingga 10W Comments Off on Teknologi ‘Wireless Reverse Charging’ Pada Huawei Mate 20 Pro Mampu Mengecas Peranti Lain Sehingga 10W

Salah satu keistimewaan Huawei Mate 20 Pro berbanding Mate 20 dan Mate 20 X adalah ia hadir dengan sokongan teknologi pengecasan tanpa wayar yang pantas, iaitu mencapai sehingga 15W.

Lebih uniknya berbanding dengan peranti lain di pasaran, anda sebenarnya boleh menggunakan Huawei Mate 20 Pro untuk mengecas telefon pintar ataupun aksesori yang turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang dikenali sebagai ‘Wireless Reverse Charging’.

Huawei Mate 20 Pro menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang pantas dengan output 15W.

Namun begitu, kebanyakan maklumat yang kita terima sekadar mendedahkan output maksimum pengecasan tanpa wayar 15W pada Huawei Mate 20 Pro itu sendiri. Tetapi setakat ini tiada pihak yang berkongsi output maksimum yang boleh dicapai apabila fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ diaktifkan.

Teknologi ‘Wireless Reverse Charging’ membolehkan anda menggunakan Huawei Mate 20 Pro untuk mengecas peranti yang menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar dengan output 10W.

Melalui perkongsian maklumat yang kami perolehi terus daripada sumber dalaman Huawei sendiri, Mate 20 Pro dikatakan mampu mengecas peranti lain dengan sokongan output sehingga 10W (5V2A). Ini bermakna kuasa pengecasan tanpa wayar yang disokong menyamai dengan kebanyakan palam kuasa yang dibekalkan pada telefon pintar di pasaran.

Anda boleh memiliki siri Huawei Mate 20 bermula 27 Oktober ini:

Rakaman Video Dengan Mod ‘AI Cinema’ Untuk Siri Huawei Mate 20 Akan Diterima Melalui Kemas Kini

[EKSKLUSIF] Huawei Malaysia Dikhabarkan Akan Hanya Membawa Masuk Kad NM Berkapasiti 128GB Sahaja

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend