Teknologi Pengecasan Pantas 40W Mampu Mengecas Penuh Huawei Mate 20 Pro Dalam Tempoh 1 jam Comments Off on Teknologi Pengecasan Pantas 40W Mampu Mengecas Penuh Huawei Mate 20 Pro Dalam Tempoh 1 jam

Sebagaimana yang kita ketahui, di dalam majlis pelancaran tersebut Huawei telah mengesahkan bahawa Mate 20 Pro akan didatangkan dengan sokongan teknologi SuperCharge dengan output pengecasan maksimum mencecah 40W (10V4A).

Berdasarkan ujian yang dijalankan, Mate 20 Pro telah dicas apabila baterinya telah habis sepenuhnya, dan ia hanya mengambil masa lebih kurang 68 minit (1 jam 8 minit) untuk dicas penuh 100%. Melalui perkongsian itu, bateri telah mencatatkan 36% apabila ia dicas untuk tempoh 15 minit, dan selepas 50 minit ia mencatakan 95%.

Ini bermakna secara purata bateri berkapasiti 4200 mAh pada Mate 20 Pro mampu dicas sebanyak 1.5% bagi setiap minit. Malah pengguna juga tidak perlu risau kerana teknologi pengecas 40W yang diperkenalkan oleh Huawei ini adalah selamat kerana telah menerima pensijilan TUV Rheinland.

Sumber

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend