Teknologi Kamera ’10x Lossless Zoom’ Keluaran OPPO Akan Dikomersialkan Pada Separuh Pertama Tahun 2019 Comments Off on Teknologi Kamera ’10x Lossless Zoom’ Keluaran OPPO Akan Dikomersialkan Pada Separuh Pertama Tahun 2019 413

OPPO sebelum ini telahpun mengumumkan teknologi 10x lossless zoom yang telah dipatenkannya pada pertengahan Januari yang lalu, dan telah dijadualkan untuk mendedahkannya secara rasmi dalam acara MWC 2019 nanti. Melalui perkongsian terbaru yang diumumkan oleh Shen Yiren selaku Naib Presiden OPPO, teknologi inovasi ini akan mula dikomersialkan pada separuh pertama tahun ini.

Menurut OPPO, penghasilan teknologi baharu 10x lossless zoom ini akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2019 nanti bagi memenuhi permintaannya sepanjang tahun ini. Teknologi ini dikatakan mampu menghasilkan gambar zum yang lebih baik dan boleh digunakan pada lensa telefoto, lensa sudut luas dan juga sensor kamera ultra-clear yang disokong oleh peranti OPPO.

OPPO telah mengesahkan tidak akan memperkenalkan model OPPO R19 dalam masa terdekat untuk tahun ini.

Apa yang pasti, OPPO mungkin akan memperkenalkan sebuah peranti mercu dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan juga teknologi 10x lossless zoom ini dalam acara MWC 2019 nanti. Ini berikutan ketirisan sebuah peranti misteri yang tampil dengan nama ‘Poseidon’ di dalam pangkalan data Geekbench baru-baru ini.

Baca juga:

Oppo Perkenal Kamera 10x Zum Optikal, Pengimbas Cap Jari Lebih Besar Pada Skrin

Oppo ‘Poseidon’ Hinggap Di GeekBench – Guna Snapdragon 855

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend