Teknologi Huawei SuperCharge 55W Akan Hanya Diperkenalkan Secara Eksklusif Untuk Huawei Mate X Comments Off on Teknologi Huawei SuperCharge 55W Akan Hanya Diperkenalkan Secara Eksklusif Untuk Huawei Mate X 339

Pelancaran Huawei Mate X dalam acara MWC 2019 boleh dianggap satu kejayaan terhadap pasukan R&D Huawei kerana peranti dengan skrin boleh lipat ini menampilkan pelbagai inovasi dalam rekaannya. Selain diiktiraf sebagai telefon pintar dengan skrin boleh lipat 5G yang pertama, teknologi Huawei SuperCharge 55W merupakan salah satu daripada ciri menarik yang berjaya mendapat perhatian ramai.

Sungguhpun begitu, melalui pendedahan yang dikongsikan oleh Presiden Perniagaan Pelanggan dan Produk Mudah Alih Huawei, teknologi Huawei SuperCharge 55W ini akan diperkenalkan secara eksklusif untuk Huawei Mate X sahaja. Malah Huawei juga tidak memiliki sebarang perancangan untuk memperkenalkannya pada peranti keluarannya yang lain buat masa ini.

Tambahnya lagi, sokongan teknologi ini boleh dilaksanakan pada Huawei Mate X berikutan ia hadir dengan dua unit bateri yang berasingan, dan proses pengecasan kedua-dua bateri itu boleh dilakukan secara serentak. Ini berbeza dengan kebanyakan telefon pintar di pasaran yang hadir dengan hanya satu unit bateri sahaja.

Huawei Mate X menyokong bateri berkapasiti 4500 mAh yang didatangkan dalam dua unit bateri berasingan.

Teknologi pengecasan paling pantas di dunia ini dikatakan berupaya menawarkan proses mengecas 600% lebih cepat berbanding iPhone XS Max. Bahkan dengan output pengecasan 55W, ia mampu mengecas Huawei Mate X dengan sokongan bateri 4500 mAh ini sehingga mencapai 85% dalam tempoh hanya 30 minit sahaja.

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend