Teknologi Huawei Di Dalam Kereta Elektrik Comments Off on Teknologi Huawei Di Dalam Kereta Elektrik

Tesla mahal sangat, kalau dapat ni pun jadi laaaa…dah lama mengidam kereta elektrik semenjak pertama kali tengok Tesla Model S, sekarang tengah kumpul duit nak book Tesla Roadster. Merecik poit!!!

Tesla Roadster

Tapi mahal teruk Tesla ni, mujur ada negara China yang satu dunia tahu betapa hebatnya sektor pengeluaran mereka. Dan sekarang impian untuk memiliki kereta elektrik tidak lagi terasa jauh. Memperkenalkan WM Motor Technology Co. dengan kereta elektrik EX5.

 

EX5 adalah SUV elektrik yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan di mana teknologi ini merupakan trend yang sangat besar di China pada masa sekarang. EX5 dilaporkan mempunyai kemampuan untuk bergerak sejauh 600 km (372 batu) dalam skatu kitaran cas  penuh namun butiran mengenai baterinya tidak didedahkan.

Kereta ini dilaporkan akan dipasang dengan sistem interaksi pintar yang dapat mengenal pasti identiti pemilik kenderaan dan memberi akses kepada pengguna lain yang sah seperti keluarga dan rakan-rakan. Yang menariknya, Huawei juga dilaporkan turut terlibat di dalam penghasilan EX5, namun kapasiti penglibatan mereka tidak didedahkan.

Walaupun belum dihasilkan secara komersil, sudah ada khabar angin mengenai harga jualan SUV pintar ini, dengar cerita ia akan dijual di China pada harga 200,000 Yuan, bersamaan RM 123,404.45 !!!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend