TCL Perkenalkan Dua Peranti Konsep – Skrin Trilipat Dan Boleh Ditarik Comments Off on TCL Perkenalkan Dua Peranti Konsep – Skrin Trilipat Dan Boleh Ditarik

TCL baru-baru ini telah memperlihatkan dua peranti konsep terbaru dengan skrin yang lebih fleksibel – satu boleh dilipat tiga dan satu lagi boleh ditarik keluar.

Panel skrin ini dibangunkan oleh TCL sendiri melalui syarikat TCL-CSOT. Skrin fleksibel berteknologi AMOLED membolehkan paparan 10-inci dilipat kepada tiga menjadi hanya sebesar 6.65-inci pada nisbah 20.8:9 dengan resolusi 3K.

TCL menggunakan dua jenis engsel bagi membolehkan skrin ini dilipat kepada tiga – DragonHinge dan ButterflyHinge, iaitu mekanisma yang sama yang terdapat di peranti Galaxy Fold dan HUAWEI Mate X.

Konsep kedua pula ialah skrin fleksibel yang boleh ditarik keluar dari badan peranti. Skrin ini boleh dibentang luas apabila ianya ditarik ke bahagian tepi. TCL menggunakan rekaan skrin bergulung yang disimpan di dalam peranti menjadikan paparan 6.75-inci menjadi sebesar 7.8-inci sambil butang kunci ditekan.

Apabila skrin ditarik, antaramuka peranti juga akan berubah mengikut nisbah skrin dan pada masa sama melancarkan ciri multitasking dan pisahan-skrin. Melalui rekaan ini, tiada lagi kedutan atau permukaan tidak rata pada permukaan skrin seperti skrin peranti boleh-lipat.

Walaubagaimanapun ia hanyalah rekaan konsep semata-mata dan tiada pengesahan dari syarikat untuk mereka mengeluarkannya secara komersial memandangkan peranti konsep yang diperlihatkan tahun lalu sehingga kini masih belum direalisasikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend