Tawaran Terbaik Realme Di Lazada Hanya Berlangsung Satu Hari – Turut Memperkenalkan Peranti Terbaharu Comments Off on Tawaran Terbaik Realme Di Lazada Hanya Berlangsung Satu Hari – Turut Memperkenalkan Peranti Terbaharu 302

“Super Brand Day” merupakan hari dimana Lazada akan mengadakan jualan promosi khusus untuk sesuatu jenama. Menerusi tawaran promosi satu hari ini, pelanggan boleh mendapatkan produk pada harga yang lebih rendah berbanding kebiasaannya.

Pada kali ini, Lazada bawa jenama telefon pintar yang baru menapak di Malaysia iaitu Realme. Pada 27 Februari 2019, orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar Realme pada harga yang lebih rendah malah tawaran ini juga menyertakan hadiah eksklusif, produk edisi terhad, serta pembungkusan premium.

Harga promosi Realme 2 sempena promosi ‘Lazada X Realme Super Brand Day’.

Bagi menyambut “Super Brand Day” yang akan berlangsung pada minggu hadapan, Realme turut mengadakan kempen “Slash It” kepada orang ramai bermula esok. Di sini pelanggan boleh mendapatkan peranti pada harga yang menarik menggunakan kaedah memotong harga.

  • Realme C1: 21, 23, 25, dan 27 Februari 2019
  • Realme 2: 22 dan 24 Februari 2019
  • Realme 2 Pro: 26 Februari 2019
Harga promosi Realme 2 Pro sempena promosi ‘Lazada X Realme Super Brand Day’.
Harga aksesori Realme turut menerima potongan harga.

Realme juga dimaklumkan akan membuka tawaran lima unit fon kepala mereka kepada pengunjung sebaik pengikut kedai Realme dalam Lazada mencapai 35,000 pengikut. Selain itu, bagi pelanggan yang meninggalkan ulasan beserta gambar di ruangan produk Realme C1 sebelum 3 Mac 2019, mereka berpeluang menerima powerbank Realme secara percuma.

Harga Realme C1 akan ditawarkan pada harga lebih murah sepanjang promosi berlangsung.

Berkenaan peranti baharu, Realme dikatakan akan memperkenalkan Realme C1 versi 2GB+32GB pada harga menarik di hari tersebut. Jadi, tandakan kalendar anda pada 27 Februari ini untuk tidak terlepas menikmati tawaran menarik Realme pada “Super Brand Day”.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend