Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi Max 3 Jatuh Pada 19 Julai Ini Comments Off on Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi Max 3 Jatuh Pada 19 Julai Ini

Hari ini tersebar satu poster menunjukkan tarikh pelancaran Xiaomi Mi Max 3. Melalui laman portal Weibo, Xiaomi disahkan akan memperkenalkan peranti tersebut pada 19 Julai ini di China.

Bagaimanapun, spesifikasi yang ditawarkan pada telefon pintar ini telah mula dipaparkan di pengkalan data TENAA. Berdasarkan tinjauan, Mi Max 3 akan hadir dengan paparan 6.9-inci FHD+ yang menyokong resolusi 2160 x 1080 piksel dengan skrin memanjang bernisbah 18:9.

Kuasa dalaman diperkuatkan dengan cip pemproses Snapdragon 636 atau mungkin yang terbaharu Snapdragon 632 disamping memori RAM 3GB, 4GB, atau 6GB serta storan seluas 32GB, 64GB, ataupun 128GB. Seperti kebiasaan peranti Xiaomi, ia turut menyediakan slot kad microSD selain pengimbas cap jari di sebelah panel belakang.

Mi Max 3 dikatakan bakal menjadi yang pertama dalam siri Max dengan sistem dwi kamera. Ia memuatkan konfigurasi sensor 12MP dan 5MP berteknologi Sony IMX363 serta kamera depan 8MP. Bateri yang menjana pula ialah sebesar 5,500mAh selain menyokong pengecasan pantas menerusi sambungan USB Type-C.

Xiaomi Mi Max 3 mungkin didatangkan dengan warna hitam dan emas dengan beberapa varian. Harga pula bermula sekitar CNY1,699 atau lebih kurang RM1,026 seunit.

Baca juga: Ketirisan Video Xiaomi Mi Max 3 Memperlihatkan Rekaan Penuh Dalam Warna Hitam Dan Emas

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend