Tarikh Pelancaran Huawei P20 Pro Dalam Warna Twilight Didedahkan Tanpa Sengaja – 4 Mei 2018! Comments Off on Tarikh Pelancaran Huawei P20 Pro Dalam Warna Twilight Didedahkan Tanpa Sengaja – 4 Mei 2018!

Pastinya ramai di antara peminat Huawei P20 Pro sudah tidak sabar-sabar untuk menantikan majlis pelancaran rasmi model tersebut dalam warna Twilight, dan hari ini Huawei nampaknya tanpa sengaja telah mendedahkan tarikh dan juga masa pelancarannya melalui laman Facebook rasmi Huawei Flagship Store at Pavilion Elite.

Kredit gambar: Technave

Melalui perkongsian gambar acah tersebut, Huawei P20 Pro dalam warna Twilight disahkan akan dilancarkan pada 4 Mei 2018 (Jumaat) pada jam 6 petang bertempat di Tingkat 5, Huawei Flagship Store, Pavilion. Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah digantikan dengan gambar terbaru yang memperlihatkan tarikh, masa dan juga tempat pelancaran model tersebut telah ditutup dengan susunan pasu bunga.

Tarikh, masa dan juga tempat pelancaran kini telah ditutup dengan susunan pasu bunga, selepas perkongsian pertama telah mendedahkan maklumat awal itu tanpa disengajakan.

Jadi bersiap sedia kerana sudah tentunya sambutan untuk warna istimewa Huawei P20 Pro ini akan menjadi rebutan ramai pada hari tersebut!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend