Tarikh Pelancaran HUAWEI Mate X Sekali Lagi Ditunda Ke Bulan November 2019 Nanti Comments Off on Tarikh Pelancaran HUAWEI Mate X Sekali Lagi Ditunda Ke Bulan November 2019 Nanti 57

HUAWEI sebelum ini pernah menunda tarikh pelancaran peranti dengan skrin boleh lipat pertamanya iaitu Mate X ke bulan September. Namun begitu, pada hujung Julai yang lalu kami turut mendedahkan bahawa HUAWEI dipercayai akan sekali lagi menunda tarikh pelancaran peranti itu di pasaran atas sebab mahu memastikan piawaian terbaik sebelum ia mula dijual di pasaran.

Ternyata laporan itu adalah benar apabila portal TechRadar telah melaporkan bahawa tarikh pelancaran HUAWEI Mate X akan ditunda selewat-lewatnya pada bulan November 2019 nanti. Berita ini disahkan melalui sidang media yang berlangsung di ibu pejabat HUAWEI yang terletak di Shenzhen, China.

Richard Yu sebelum ini pernah ditemui di lapangan terbang dengan memegang HUAWEI Mate X yang kelihatan sedikit berbeza dengan versi yang pernah didedahkan sebelum ini.

Selain ingin menepati piawaian yang ditetapkan, versi akhir HUAWEI Mate X itu juga dipercayai akan turut menerima beberapa penambahbaikan baharu. Ini termasuklah rekaan yang lebih baik pada bahagian engsel ‘Falcon Wing’ dan juga rekaan butang kuasa yang lebih rata pada permukaan panel belakangnya.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mengatakan Mate X Masih Belum Bersedia Untuk Dipasarkan

Richard Yu Berjaya Ditemui Di Lapangan Terbang Sedang Menggunakan HUAWEI Mate X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend