Tarikh Pelancaran Honor Note 10 Disahkan Pada 31 Julai Tersebar Menerusi Poster Acah Comments Off on Tarikh Pelancaran Honor Note 10 Disahkan Pada 31 Julai Tersebar Menerusi Poster Acah

Hari ini kami ada berkongsi artikel berkenaan pelancaran global telefon pintar terbaru Xiaomi iaitu Mi Max 3. Terkini, mula tersebar di arena sesawang ialah mengenai poster acah menunjukkan tarikh pelancaran peranti phablet Honor Note 10. Anak syarikat Huawei itu telah mengesahkan Honor Note 10 akan dilancarkan pada 31 Julai ini yang mendakwa ia sebuah peranti dengan saiz besar, laju, dan sejuk.

Presiden Honor sebelum ini ada memberitahu pasukan mereka telah membangunkan Note 10 sejak dua tahun yang lalu. Khabarnya, peranti ini adalah sebahagian daripada program GPU Turbo yang menfokuskan gaming pada skrin bersaiz besar selain memperkenalkan satu lagi ciri baharu.

Banyak khabar angin sebelum ini yang kita dengar mengenai ketirisan peranti Honor Note 10. Ada pihak media termasuk di Malaysia juga memaklumkan Note 10 tidak akan diperkenalkan yang mana mereka menafikan kewujudannya.

Baca juga: Adakah Ini Gambar Sebenar Honor Note 10 Dengan Sokongan Skrin AMOLED 6.9 Inci?!

Setakat ini, apa yang boleh dijangka Honor Note 10 dilengkapi paparan bersaiz melebihi 6-inci menggunakan skrin Super AMOLED QHD+. Cipset yang diselitkan ialah Kirin 970 yang membawakan memori 6GB RAM bersama storan sehingga 128GB. Dwi kamera dibekalkan sekali tambahan bateri sebesar 6,000mAh yang didatangkan dengan ciri NFC dan sambungan USB Type-C. Dijalankan dengan Android 8.1 Oreo, ia hadir dengan pilihan warna hitam, perak, merah, biru, kuning, ungu, dan warna gradian.

Dalam masa sama, Honor juga dikatakan menjalinkan kolaberasi dengan syarikat kenderaan Rolls Royce untuk mengeluarkan Note 10 dalam versi edisi terhad. Harga untuk versi ini ialah sekitar $1,499 (kira-kira RM6,088).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend