Tarikh Pelancaran Honor 10 Lite Di Malaysia Didedahkan Comments Off on Tarikh Pelancaran Honor 10 Lite Di Malaysia Didedahkan

Melalui perkongsian terbaru, Honor Malaysia telah mengesahkan Honor 10 Lite akan dilancarkan di negara ini pada 8 Jan 2019. Pada masa sama, anda juga boleh menyertai peraduan ‘Teka dan Menang’ dengan menjawab lapan soalan untuk berpeluang memenangi telefon pintar Honor 10 Lite.

Lapan jawapan perlu diberikan menerusi dalam talian mengikut tarikh yang ditetapkan. Jawapan pertama telahpun didedahkan pada 25 Dis yang lalu, jadi bagi yang berminat, anda boleh sertakan kelapan-lapan jawapan dengan tepat sebelum 8 Jan depan.

Honor 10 Lite atau turut dikenali sebagai Honor 10 Youth Edition ini menampilkan skrin IPS LCD berukuran 6.21 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel) degan rekaan takuk kecil mirip seperti Honor 8X. Ia turut dikuasakan dengan pemproses 12nm pertama daripada Huawei iaitu Kirin 710 yang menjanjikan prestasi lebih baik berbanding Kirin 659 (16nm).

Honor 10 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 3320 mAh , dioperasikan dengan EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie), kamera swafoto 24MP, dan juga dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP. Terdapat empat warna ditawarkan iaitu Gradient Red, Gradien Blue, Magic Night Black, dan juga Lily White Valley.

Rujuk pautan ini untuk keterangan lebih lanjut mengenai peraduan ‘Teka dan Menang’ Honor 10 Lite.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend