Tarikh Pelancaran Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Dijangka Akan Berlangsung Pada 15 Oktober Nanti Comments Off on Tarikh Pelancaran Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Dijangka Akan Berlangsung Pada 15 Oktober Nanti 230

Ketirisan demi ketirisan telah berjaya didedahkan tentang Pixel 4 dan Pixel 4 XL, namun begitu kesemuanya masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya. Tetapi semakin dekat dengan hari pelancarannya, lebih banyak maklumat berjaya dirungkai melalui perkongsian di Internet.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh @evleaks, Google berkemungkinan besar akan mengadakan majlis pelancaran rasmi untuk model Pixel 4 dan Pixel 4 XL pada 15 Oktober 2019 nanti. Malah dia juga dilihat telah memuat naik sekeping gambar yang dikatakan merupakan imej promo untuk Pixel 4 yang akan digunakan oleh pengeluar pelindung skrin, sekaligus mendedahkan rekaan bezel pada peranti itu.

Di dalam perkongsian berasingan yang didedahkan oleh portal 91mobiles, ada sumber yang boleh dipercayai telah mengambil screenshot spesifikasi yang disokong oleh Pixel 4 XL. Berikutan sokongan saiz bezel yang lebih besar bagi menempatkan pelbagai sensor dan kamera, saiz skrin Pixel 4 XL tampil lebih kecil iaitu berukuran 6.23 inci berbanding Pixel 3 XL yang menyokong skrin sebesar 6.3 inci.

Pixel 4 XL juga akan hadir dengan paparan skrin 2K beresolusi 1440 x 3040 piksel (540 ppi), dan juga kadar nisbah skrin lebih panjang iaitu 19:9. Namun berdasarkan maklumat yang didedahkan, Pixel 4 dan Pixel 4 XL dipercayai akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, dan bukannya Snapdragon 855 Plus.

Selain itu Pixel 4 dilaporkan akan hadir dengan bateri berkapasiti 2800mAh, manakala Pixel 4 XL pula tampil dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 3700mAh. Setakat yang diketahui, siri Pixel 4 berkemungkinan akan diperkenalkan sekurang-kurangnya dalam empat warna pilihan iaitu hitam, putih, coral dan juga teal.

Sebelum ini juga fungsi eksklusif untuk siri Pixel 4 iaitu Motion Sense berasaskan Project Soli juga disahkan akan disokong oleh negara terpilih, termasuklah di AS, Kanada, Singapura, Australia, Taiwan dan juga Eropah. Fungsi ini membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan isyarat gerakan tangan.

Video promo fungsi Motion Sense:

Baca juga:

Imej Sebenar Google Pixel 4 XL Dalam Warna Hitam Dan Putih Mula Tertiris Di Internet

Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Disahkan Sokong Panel OLED Dengan Teknologi Paparan 90Hz

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend