Tarikh Google I/O 2020 Diumumkan, Pixel 4A Dijangka Diperkenalkan Comments Off on Tarikh Google I/O 2020 Diumumkan, Pixel 4A Dijangka Diperkenalkan

Acara Google I/O 2020 telah diumumkan oleh Sundar Pichai baru-baru ini melalui ciapan terbaru beliau di Twitter.

Ia akan berlangsung pada 12 hingga 14 Februari 2020 di lokasi yang sama iaitu di ibu pejabat Google, Mountain View, California.

Seperti biasa, di pentas ini Google akan memperkenalkan produk terbaru mereka meliputi perisian dan juga perkakasan.

Google dijangka akan mengumumkan peranti terbaru iaitu Pixel 4a dan Pixel 4a XL dalam acara tersebut memandangkan Pixel 3a dan Pixel 3a XL ditampilkan pada tahun lalu.

Menurut laman AndroidAuthority, kod nama yang dijumpai dalam aplikasi Google menunjukkan syarikat itu akan melancarkan sekurang-kurangnya dua telefon kelas pertengahan pada tahun ini.

Satu daripadanya mungkin hadir dengan cipset Snapdragon 730 manakala satu lagi didatangkan dengan Snapdragon 765.

Selain telefon pintar, Google juga akan mengumumkan versi Android terbaru semasa acara berlangsung dan berkemungkinan versi beta turut dilepaskan kepada pengguna.

Pada acara Google I/O 2019, Google telah mengumumkan Android Q (Android 10) beta dan melepaskan perisian tersebut pada bulan Mac, jadi tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku pada tahun ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend