Tambahan 300,000 Dekoder myFreeview Untuk Isi Rumah B40 Dan Juga OKU Comments Off on Tambahan 300,000 Dekoder myFreeview Untuk Isi Rumah B40 Dan Juga OKU

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membelanjakan RM30 juta untuk pengagihan tambahan 300 ribu unit dekoder digital myFreeview bagi isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara.

Di Sabah, kira-kira 3,000 dekoder percuma myFreeview akan diagihkan kepada keluarga dengan isi rumah B40 yang berdaftar dan OKU, bermula dari 20 hingga 22 Februari 2020. Selain Sabah, pengagihan dekoder tambahan myFreeview juga dijalankan di Sarawak dan negeri-negeri lain secara berperingkat.

Pengagihan tambahan dekoder percuma ini adalah satu lagi usaha oleh pihak kerajaan untuk merapatkan jurang digital dan menaik taraf golongan yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Dengan dekoder ini, mereka berpeluang menikmati perkhidmatan TV Digital tanpa langganan bulanan.

Buat masa ini, platfom myFreeview menawarkan 14 saluran televisyen percuma iaitu TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, RTM Sports, TV3, ntv7, 8TV, TV9, 2 saluran interaktif CJ Wow Shop, Bernama TV, TV Al Hijrah, dan Astro Go Shop berbanding tujuh siaran TV analog seperti sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend