Tambah Nilai Prabayar Tidak Akan Dikenakan SST Bermula 6 September 2018 Comments Off on Tambah Nilai Prabayar Tidak Akan Dikenakan SST Bermula 6 September 2018

Sebelum ini ramai di antara pengguna talian prabayar telah menyuarakan ketidakpuasan hati apabila kredit tambah nilai yang dibeli telah dipotong sebanyak 6% berikutan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa pada 1 September yang lalu.

Dengan adanya SST ini, pengguna yang membeli tambah nilai sebanyak RM10 akan menerima kredit yang lebih rendah iaitu hanya RM9.43 sahaja. Namun begitu hari ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan kepada semua telco yang menyediakan perkhidmatan prabayar untuk mengecualikan cukai tersebut untuk semua pelanggan warganegara Malaysia.

Pengecualian cukai dibawah Seksyen 34(3)(a) Akta Perkhidmatan 2018 ini membolehkan pengguna perkhidmatan prabayar untuk menerima nilai kredit sepenuhnya setiap kali membuat tambah nilai atau pembelian perkhidmatan lain yang ditawarkan. Pengecualian SST untuk perkhidmatan prabayar ini berkuatkuasa 6 September 2018.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend