Tambah Nilai Aplikasi Setel Melalui Kad Kredit Ini Untuk Dapatkan Pulangan Tunai Minyak Sehingga 10% Comments Off on Tambah Nilai Aplikasi Setel Melalui Kad Kredit Ini Untuk Dapatkan Pulangan Tunai Minyak Sehingga 10%

Setel, sebuah aplikasi pembayaran minyak tanpa tunai oleh Petronas baru-baru ini telah memperkenalkan ganjaran pulangan tunai minyak kepada para pelanggannya.

Mulai sekarang, pelanggan yang memegang kad kredit seperti Ambank, CIMB, Citi, Hong Leong Bank, RHB Bank, dan UOB boleh mendapatkan pulangan tunai minyak sehingga 10%.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan mata ganjaran Mesra dengan setiap pengisian petrol mahupun diesel. Pengguna juga boleh menyemak setiap transaksi yang dibuat.

Namun begitu, tiada tarikh khusus bilakah kempen ganjaran pulangan tunai ini akan berakhir tetapi pada masa sama kami menyarankan kepada semua pengguna Setel agar tidak ke kaunter stesen minyak bagi mengelakkan anda bersentuhan dengan orang lain.

Sepanjang PKP dilaksanakan, orang ramai perlu mengamalkan jarak sosial bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 malah aplikasi seperti Setel ini dilihat sebagai platfom pembayaran yang paling berguna pada ketika ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend