Taiping Dinobatkan Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Di Dunia Comments Off on Taiping Dinobatkan Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Di Dunia

Selepas tersenarai sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik 2018,  bandar warisan Taiping sekali lagi mengharumkan nama Perak khususnya Malaysia selepas dinobatkan bandar ketiga terbaik di dunia menerusi Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman, semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata beliau berasa gembira dengan kejayaan dicapai dan ia adalah kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam memastikan kelestarian bandar itu.

Katanya, anugerah berprestij dan bertaraf dunia itu pertama kali diterima bandar berkenaan walaupun sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ‘Best Destination Manager 2016’ yang dianugerahkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik dan anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 dalam kategori Destinasi Pelancongan Warisan.

“Harapan saya adalah semua agensi yang melaksanakan undang-undang berkaitan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan perlu terus komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya bandar ini terus dilestarikan.

“Seluruh penduduk dan komuniti bandar ini perlu terus berusaha memastikan kawasan bandar ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar daripada kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jadi, sebagai warga Taiping tidakkah anda berbangga dengan pencapaian ini?

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend