Tablet Huawei MediaPad T5 Akan Dijual Bermula 28 Februari 2019 Dengan Harga RM999 Comments Off on Tablet Huawei MediaPad T5 Akan Dijual Bermula 28 Februari 2019 Dengan Harga RM999

[Kemas kini artikel] Huawei Malaysia telah mengumumkan tarikh jualan Huawei MediaPad T5 telah diawalkan pada 28 Januari 2019.

Serentak dengan majlis pelancaran Huawei Nova 4 yang berlangsung semalam (16 Januari 2019), Huawei Malaysia turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan ketersediaan satu lagi peranti terbarunya iaitu Huawei MediaPad T5 untuk pasaran tempatan. Tablet ini akan dijual bermula 28 Februari 2019 nanti dengan harga jualan rasmi hanya RM999.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu emas dan juga hitam, setiap pembelian Huawei MediaPad T5 yang menampilkan paparan skrin berukuran 10.1 inci FHD ini akan turut menerima hadiah percuma berupa sarung pelindung jenis Flip Case bernilai RM119 secara percuma.



Spesifikasi Huawei MediaPad T5:

  •  EMUI 8.0 (berasaskan Android 8.0 Oreo)
  • Kirin 659 (4x 2.36GHz + 4x 1.7GHz)
  • 3GB + 32GB
  • 10.1 inci IPS LCD, FHD (1920 x 1200 piksel)
  • Kamera utama: 5MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 2MP (f/2.4)
  • Speaker stereo dengan Huawei Histen sound effect
  • WiFi 802.11ac, microUSB
  • 5100 mAh
  • 243 x 164 x 7.8mm / 460g

Beli Huawei MediaPad T5 bernilai RM999 → https://consumer.huawei.com/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend