Tablet Berkuasa Tinggi HUAWEI MediaPad M6 Kini Ditawarkan Di Malaysia Comments Off on Tablet Berkuasa Tinggi HUAWEI MediaPad M6 Kini Ditawarkan Di Malaysia

Tablet terbaru HUAWEI MediaPad M6 hari ini mula dijual secara rasmi di seluruh negara, menawarkan spesifikasi tinggi yang dilengkapi paparan skrin 10.8-inci beresolusi 2K (2560×1600) dengan cip pemproses Kirin 980.

MediaPad M6 juga dibekalkan bateri sebesar 7500mAh diikuti sokongan memori 4GB RAM dan 128GB storan yang mana dijalankan di atas sistem operasi EMUI 10 berasaskan Android 10.

Bahagian penggambaran, MediaPad M6 menyediakan kamera belakang 13MP dan kamera swafoto 8MP. Manakala sistem audio pula, tablet ini menawarkan empat pembesar suara yang ditala Harmon Kardon untuk pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh.

HUAWEI MediaPad M6 boleh dimiliki pada harga RM1899 malah untuk setiap pembelian ia didatangkan bersama hadiah percuma berupa papan kekunci dan M-Pen Lite bernilai RM568.

Huawei MediaPad M6 Dilancarkan Dengan Sokongan Kirin 980, Skrin 2K Dan Empat Speaker Harman Kardon

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend