Syarikat Telekomunikasi Malaysia Berikrar Akan Menyelesaikan Masalah Pengguna Dalam Tempoh Singkat Comments Off on Syarikat Telekomunikasi Malaysia Berikrar Akan Menyelesaikan Masalah Pengguna Dalam Tempoh Singkat 671

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini telah memanggil tujuh syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menandatangani Ikrar Mesra Pengguna di bangunan ibu pejabat di Putrajaya sebentar tadi.

Ikrar ini adalah langkah-langkah kerajaan dalam meningkatkan indeks kepuasan pengguna selari dengan seruan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo.

Seramai tujuh Ketua Pegawai Eksekutif dari pelbagai syarikat terkemuka hadir ke majlis ikrar antaranya adalah Idham Nawawi dari Celcom, Gokhan Ogut dari Maxis, Datuk Noor Kamarul dari Telekom Malaysia, Wong Heang Tuck dari U Mobile, Wing K. Lee dari YTL (YES), Joachim Rajaram dari Digi, dan Julian Ding dari TIME.

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak yang menyaksikan acara menandatangani ini turut menjelaskan ikrar ini adalah julung kali diadakan. Ia bagi memastikan aspek pengalaman pengguna perlu diutamakan dan akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. SKMM juga menyasarkan peningkatan kepuasan pelanggan dilaksanakan sepenuhnya merangkumi kualiti rangkaian, produk, pengebilan, dan khidmat pelanggan.

Jadi selepas ini pengguna tidak perlu khuatir dengan aduan yang dibuat. Garis panduan baharu akan digunakan oleh syarikat telco yang mana aduan-aduan daripada pengguna akan diselesaikan dalam tempoh sesingkat mungkin iaitu tiga hari untuk aduan kurang kompleks manakala 15 hari untuk aduan yang kompleks – sebelum ini 30 hari.

Kod Amalan Pengguna ini dijangka akan dikuatkuasakan pada suku akhir tahun 2019.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend