Syarikat A.S. Masih Keliru Dengan Apa Yang Mereka Boleh Bekalkan Kepada HUAWEI Comments Off on Syarikat A.S. Masih Keliru Dengan Apa Yang Mereka Boleh Bekalkan Kepada HUAWEI 360

Sekatan ke atas HUAWEI telah bermula pada bulan Mei lalu. Bagaimanapun dalam perjumpaan Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping di persidangan kemuncak G20 yang lalu, Trump akhirnya mengumumkan bahawa syarikat A.S kini boleh berurusan semula dengan HUAWEI.

Bagaimanapun, terdapat tanda tanya dikalangan pihak yang terlibat antaranya syarikat A.S sendiri masih tidak tahu produk apakah yang boleh dibekalkan kepada HUAWEI. Ini kerana melalui jurucakap White House, Lawrence Kudlow mengatakan HUAWEI masih lagi berada dalam senarai entiti dan Jabatan Perdagangan juga mengesahkan HUAWEI masih lagi ‘disenarai hitam’.

Wilbur Ross yang berada dalam Jabatan berkenaan memaklumkan HUAWEI boleh berurus niaga dengan syarikat yang telah mendapat lesen kebenaran selagi tiada ancaman keselamatan kepada negara. Tambahnya, syarikat yang memohon akan diberikan lesen tidak lama lagi.

Ross berpendapat A.S sebenarnya runsing dengan penarikan semula sekatan terhadap HUAWEI kerana syarikat A.S mungkin boleh menggadaikan harta intelek kepada China atas dasar terima kasih selepas hubungan perniagaan kembali terjalin.

Terdahulu, A.S telah menunding jari kepada HUAWEI berhubung kecurian harta intelek yang digunakan pada robot penguji telefon pintar yang dibangunkan oleh T-Mobile. Selepas mahkamah membuat keputusan, akhirnya pembekal rangkaian ini menang dalam tuntutan saman berjuta-juta dolar.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend