Switzerland Jadi Negara Pertama Menawarkan Huawei Mate 20 X 5G Pada Harga RM4,053 Comments Off on Switzerland Jadi Negara Pertama Menawarkan Huawei Mate 20 X 5G Pada Harga RM4,053

Beberapa hari yang lepas, Huawei Mate 20 X 5G telah dilaporkan akan menjadi telefon pintar pertama 5G daripada Huawei yang akan dijual secara rasmi di pasaran iaitu bermula suku kedua tahun ini. Lebih awal daripada yang dijangkakan, Switzerland baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan media rasmi yang mengesahkan kemunculan pertama Mate 20 X 5G di pasaran global.

Melalui kenyataan yang dikongsikan itu, Sunrise yang merupakan salah satu pembekal telekomunikasi di Switzerland telah terpilih untuk menjadi yang pertama di dunia untuk menjual Huawei Mate 20 X 5G. Mula dijual pada 2 Mei 2019, Huawei Mate 20 X 5G akan ditawarkan pada harga CHF997 (kira-kira RM4,053) di lebih 150 lokasi (bandar) yang menyokong rangkaian 5G di negara itu.

Cip modem Huawei Balong 5000 dengan sokongan 5G. (kredit gambar: Zing Gadget)

Berbeza dengan model asal, Huawei Mate 20 X 5G akan dilengkapi dengan cip modem Balong 5000 5G, kapasiti bateri yang lebih kecil 4200 mAh, dan juga teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W sama seperti yang disokong oleh Mate 20 Pro dan P30 Pro.

sumber

Baca juga:

Huawei Mate 20 X Versi 5G Dipercayai Akan Dilancarkan Sekitar Suku Kedua Tahun 2019

Imej Sebenar Huawei Mate 20 X Versi 5G Dengan Sokongan SuperCharge 40W Didedahkan

Tun M Menerima Panggilan Video 5G Pertama Menggunakan Huawei Mate X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend