SwiftKey Bawa Kemas Kini Terbaru Untuk Pengguna iOS Dan Android 0 504

Aplikasi papan kekunci Microsoft, SwiftKey bau-baru ini telah melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna iOS dan Android. Kandungan kemas kini untuk kedua-dua platfom kali ini agak berbeza, bagaimanapun muncul di App Store dan Google Play Store pada masa yang hampir sama semalam.

SwiftKey di Android kini menerima tema dan ikon Incognito baharu disamping ciri pencarian screenshot cropping yang ditambah baik. Ia sekaligus menjadikan ciri ini lebih lancar berbanding sebelumnya.

Sementara untuk iOS pula, SwiftKey telah berjaya membaiki isu pratonton Photo Theme. Kini ia dapat menunjukkan nisbah skrin yang tepat untuk peranti terbaharu. Selain daripada itu, Microsoft juga memaklumkan mereka telah membaiki isu salah tema light/dark ketika peranti sedang loading.

Masih di iOS, kemas kini terbaru juga berjaya membaiki isu crash ketika pengguna menggunakan tema Shooting Stars. Bagi memastikan anda mendapat pengalaman yang lebih baik menggunakan SwiftKey, pastikan anda muat turun kemas kini terbaru ini secepat mungkin.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend