Surface Pro X Dengan Harga Bermula RM4,599 Kini Sudah Mula Dijual Secara Rasmi Comments Off on Surface Pro X Dengan Harga Bermula RM4,599 Kini Sudah Mula Dijual Secara Rasmi

Penantian untuk memiliki produk terbaharu daripada Microsoft kini telah berakhir selepas Surface Pro X kini telahpun dijual secara rasmi di Malaysia bermula hari ini.

Ditawarkan dalam satu warna pilihan, Surface Pro X dalam varian 8GB LPDDR4x + 128GB SSD dijual pada harga RM4599, dan varian 8GB LPDDR4x + 256GB SSD pula boleh dimiliki pada harga RM5799.

Namun berdasarkan pemerhatian kami, varian 128GB telahpun habis terjual di Lazada dan Shopee. Tetapi pengguna masih boleh membuat pembelian varian 256GB (unit terhad) di kedua-dua platform online ini dengan tawaran baucar sehingga RM200.

Beli Surface Pro X 8GB + 256GB berharga RM5,799:

  • Lazada – Baucar RM100 sehingga 19 Januari 2020
  • Shopee – Baucar RM200 sehingga 31 Januari 2020

Harga aksesori untuk Surface Pro X:

  • Surface Pro X Signature Keyboard with Slim Pen – RM1,219
  • Surface Pro X Keyboard – RM639
  • Surface Pro X Slim Pen – RM639

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend