SuperPark Malaysia Dibuka – Taman Aktiviti Semua-Dalam-Satu Mesra Keluarga 0 565

Selepas Hong Kong dan Singapura, kini SuperPark Malaysia dibuka kepada orang ramai. Taman semua-dalam-satu ini menawarkan sebanyak 26 permainan yang boleh dimain oleh semua peringkat umur sekaligus menjadikan SuperPark taman aktiviti indoor terbaik di dunia.

SuperPark Malaysia dibangunkan di atas tapak seluas 40,000 kaki persegi di tingkat 4, pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur. Antara permainan yang ditawarkan ialah gimnasium kanak-kanak, trampolin kanak-kanak, trampolin dewasa, kereta pedal, super bowling, gelongsor tiub, flying fox, ice skating, dan banyak lagi. Menariknya, kesemua permainan ini diperbuat daripada 100% bahan terpakai yang dikitar semula.

Harga tiket yang dikenakan bermula RM30 seorang, manakala kanak-kanak dibawah umur 3 tahun adalah percuma. SuperPark menyediakan tiga sesi setiap hari bermula sesi pagi, sesi petang, dan sesi malam setiap hari. Harga tiket untuk sehari pula hanya RM70 seorang. Cas dikenakan untuk stokin pula ialah RM5.

Hari Biasa:

  • Tiket sehari – RM50/seorang
  • Tiket petang – RM30/seorang

Hari Minggu:

  • Tiket sehari – RM70/seorang
  • Tiket pagi – RM45/seorang
  • Tiket petang – RM55/seorang
  • Tiket malam – RM45/seorang

Sesi:

  • Sesi pertama bermula 9 pagi hingga 1 petang
  • Sesi kedua bermula 1.30 petang hingga 5.30 petang
  • Sesi ketiga bermula 6 petang hingga 9 malam

SuperPark yang pertama telah dibangunkan di Sotkamo Voukatti, Finland pada tahun 2012. Hingga kini, terdapat 13 SuperPark di seluruh dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend