Supercell Catat Pendapatan Sebanyak RM6.4b Dengan Keuntungan RM2.38b Pada Tahun Lepas Comments Off on Supercell Catat Pendapatan Sebanyak RM6.4b Dengan Keuntungan RM2.38b Pada Tahun Lepas

Pembangun permainan mudah alih Supercell dari Finland telah dilaporkan telah mengakhiri tahun 2019 dengan laporan kewangan yang kurang memberangsangkan.

Menurut portal venturebeat, Supercell telah mencatatkan pendapatan keseluruhan sebanyak USD1.56 bilion (~RM6.4 bilion) untuk sepanjang tahun 2019. Manakala keuntungan sebelum cukai adalah sebanyak USD577 juta (~RM2.38 bilion).

Namun begitu, Supercell dilihat telah menyaksikan penurunan pendapatan dengan keuntungan yang semakin menurun buat dua tahun berturut-turut.

Sebagai rujukan, pada tahun 2017 ia telah mencatatkan pendapatan sebanyak USD2 bilion (~RM8.27 bilion) dengan keuntungan sebanyak USD810 juta (~RM3.34 bilion). Manakala pada tahun 2018 pula ia memperolehi pendapatan USD1.6 bilion (~RM6.6 bilion) dengan keuntungan USD635 juta (~RM2.6 bilion).

Supercell yang terkenal dengan permainan Hay Day, Clash of Clans dan Clash Royale, telah ditubuhkan pada tahun 2010 dengan memiliki hanya 323 orang pekerja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend