Sunway Pyramid Lancar Aplikasi Navigasi Dalam Bangunan Masa Nyata Yang Pertama Di Malaysia Comments Off on Sunway Pyramid Lancar Aplikasi Navigasi Dalam Bangunan Masa Nyata Yang Pertama Di Malaysia 530

Tidak dinafikan lagi bahawa pusat membeli-belah Sunway Pyramid boleh dikatakan agak besar dengan keluasan 1.8 juta kaki persegi yang meliputi empat aras bangunan, dan memiliki lebih daripada 1000 buah lot kedai. Keluasan sebegini sudah tentunya boleh menyebabkan agak sukar untuk anda mencari kedai yang ingin dikunjungi.

Aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi navigasi dalam bangunan masa nyata.

Jadi bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, Sunway Pyramid telah mendapat usaha sama dengan pasukan Google Indoor Maps dalam mengintegrasikan aplikasi mudah alih mereka dengan enjin pemetaan daripada Google. Penyediaan aplikasi ini secara tidak langsung memudahkan pengguna kerana tidak lagi perlu mencari kaunter pertanyaan fizikal atau papan direktori untuk mendapatkan lokasi yang diingini.

Pengguna aplikasi ini akan turut menerima ganjaran eksklusif.

Selain menawarkan fungsi navigasi bagi memudahkan pengguna mencari kedai yang diingini, aplikasi ini turut menawarkan ganjaran eksklusif melalui penggunaan aplikasi tersebut yang ditawarkan oleh pelbagai kedai seperti YSL, Chanel, Topshop, Topman, Hush Puppies, JD Sports, Coffee Bean & Tea Leaf dan banyak lagi jenama terkenal.

Jawab soalan kuiz mudah bagi menentukan kategori anda sebagai pembeli.

Pengguna juga boleh menjawab kuiz melalui aplikasi tersebut untuk mengenal pasti persona membeli-belah masing-masing. Ini termasuklah daripada kategori ‘Trendsetter’, ‘Digital Genius’, ‘Family Hero’, ‘Smart Spender’, ataupun ‘Golden Groover’, dengan menjawab beberapa soalan mudah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend