SSD Mudah-alih Daripada Samsung Ini Dilindungi Sistem Pengimbas Cap Jari Comments Off on SSD Mudah-alih Daripada Samsung Ini Dilindungi Sistem Pengimbas Cap Jari

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan SSD mudah-alih terbaru menerusi Samsung T7 Touch SSD.

Apa yang menarik tentang produk ini ia dilengkapi sistem pengimbas cap jari untuk tujuan melindungi data yang disimpan daripada diakses oleh orang lain.

Pengimbas cap jari jenis kapasitif yang diletakkan pada permukaan tubuh logam turut disokong penyulitan perkakasan AES 256-bit yang membolehkan pengguna tetapkan kata kekunci untuk ciri keselamatan tambahan.

Menurut Samsung, T7 Touch mampu membaca dan menulis data pada kelajuan 1GB/s yang mana dua kali ganda lebih pantas berbanding model terdahulu.

SSD mudah-alih ini menawarkan pilihan sambungan dari USB-C ke USB-C dan USB-C ke USB-A dengan sokongan 10Gbps diatas USB 3.2 Gen 2.

Samsung T7 Touch hadir dalam tiga pilihan storan iaitu 500GB, 1TB, dan 2TB masing-masing pada harga USD129 (~RM527), USD229 (~RM935), dan USD399 (~RM1629) sebuah dengan pilihan warna hitam dan perak.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend