Spesifikasi Xiaomi Mi 9 Mungkin Hadir Dengan Snapdragon 855, Kamera 48MP, Pengecasan Pantas 32W Comments Off on Spesifikasi Xiaomi Mi 9 Mungkin Hadir Dengan Snapdragon 855, Kamera 48MP, Pengecasan Pantas 32W 780

Khabar angin yang bertiup dari China mengatakan Xiaomi akan mengadakan acara pelancaran Mi Mix 3 edisi 5G tidak lama lagi pada suku pertama tahun ini. Peranti yang diperkenalkan nanti akan diisi dengan cip pemproses terbaru, Snapdragon 855 malah ada peranti yang kedua turut diperkenalkan iaitu Xiaomi Mi 9.

Sumber dari China baru-baru ini berkongsi maklumat mengenai harga dan spesifikasi peranti. Xiaomi Mi 9 mungkin dilengkapi paparan bertakuk titisan air seperti OnePlus 6T dengan saiz sebesar 6.4-inci AMOLED beresolusi HD penuh+. Selain paparan serba baharu, ia juga menyediakan fungsi pengimbas cap jari dalam skrin.

Perkakasan dalaman pula mungkin dikuasakan Qualcomm Snapdragon 855, namun tidak menyokong rangkaian 5G seperti Mi Mix 3 edisi 5G. Ia dipadatkan dengan bateri 3,500mAh yang mana digandingkan sekali bersama pengecasan pantas 32W tanpa sokongan pengecasan tanpa wayar.

Khabar angin lain turut memaklumkan Mi 9 bakal menjadi peranti Xiaomi pertama yang menggunakan sistem tri-kamera. Konfigurasi kamera mungkin menawarkan sensor seperti 48MP Sony IMX586, 12MP, dan 3D ToF (time of flight), manakala kamera depan dengan sensor 24MP IMX576.

Buat sementara ini, harga yang mungkin diperkenalkan nanti adalah sekitar 2,999 Yuan (~RM1800) bermula dengan varian 6GB RAM dan 128GB storan. Khabarnya akan diumumkan pada bulan Mac iaitu tempoh yang sama siri Mi 8 dilancarkan tahun lalu.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend