Spesifikasi Telefon Pintar Tahan Lasak Oukitel WP2 Mula Didedahkan – IP68, Kalis Hentakan Dan Bateri 10000 mAh Comments Off on Spesifikasi Telefon Pintar Tahan Lasak Oukitel WP2 Mula Didedahkan – IP68, Kalis Hentakan Dan Bateri 10000 mAh 1993

Sebelum ini Oukitel pernah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan model telefon pintar tahan lasak terbaharu iaitu WP2 bagi menggantikan model K10000 Max yang dilancarkan pada tahun lepas. Sama seperti model sebelum ini, Oukitel WP2 turut menyokong ciri-ciri yang sama iaitu sokongan bateri sebesar 10,000 mAh dengan rekaan kerangka yang sangat tahan lasak.

Hari ini Oukitel dilihat mula mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung spesifikasi model tersebut kepada umum iaitu sokongan paparan skrin sebesar 6.0 inci FHD+ daripada AUO LCD, ketahanan skrin lebih baik dengan penggunaan Corning Gorilla Glass, dan juga hadir dengan rekaan paparan moden 18:9.

Oukitel WP2 turut menyokong ruang storan dalaman sebesar 64GB dengan RAM berkapasiti 4GB, dan juga dilengkapi dengan slot kad microSD sehingga 128GB. Manakala untuk aspek penggambaran pula, kamera utamanya didatangkan dengan sokongan dwi lensa iaitu lensa utama dari Samsung S5K2P7 (resolusi tidak didedahkan) dan lensa kedua 2MP untuk efek bokeh.

Selain daripada itu, Oukitel WP2 yang hadir dengan rekaan kerangka tahak lasak ini bukan sahaja menyokong fungsi kalis air dan debu (IP68), tetapi ia juga tahan daripada hentakan. Malah lebih menariknya, ia juga turut didatangkan dengan sensor pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerangkanya mirip seperti peranti Sony Xperia Z5 sebelum ini.

Oukitel WP2 dengan sokongan bateri 10,000 mAh ini boleh dicas dengan cepat melalui teknologi pengecasan pantas 9V2A (18W), dan dikuasakan oleh MediaTek MTK6750 serta Android 8.0 Oreo. Ia akan dijual pada harga USD259.99 (kira-kira RM1,058), tetapi buat masa ini tarikh jualannya masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend