Spesifikasi Samsung Galaxy Fold 2 Tertiris, Antaranya Skrin Boleh Lipat 120Hz Dengan Sokongan S-Pen Comments Off on Spesifikasi Samsung Galaxy Fold 2 Tertiris, Antaranya Skrin Boleh Lipat 120Hz Dengan Sokongan S-Pen

Melalui perkongsian yang dibuat oleh @DSCCRoss selaku pengasas dan juga CEO di Display Supply Chain Consultants, beliau telah mendedahkan spesifikasi dan juga teknologi yang akan disokong oleh peranti boleh lipat – Samsung Galaxy Fold 2.

Menurutnya Galaxy Fold 2 akan dilengkapi paparan skrin utama boleh lipat berukuran 7.59 inci dengan resolusi 2213 x 1689 piksel. Menggunakan panel LTPO dengan kepadatan piksel skrin mencecah 372 ppi, ia akan turut dilengkapi panel skrin dengan kadar segar semula mencecah 120Hz.

 Rekaan skrin boleh lipat pada Samsung Galaxy Fold generasi pertama.

Galaxy Fold 2 juga dijangka masih mengekalkan konsep rekaan lipatan skrin yang sama seperti generasi pertamanya. Ini kerana ia juga didakwa hadir dengan skrin kedua berukuran 6.23 inci beresolusi 2267 x 819 piksel, dan juga kadar segar semula skrin setakat 60Hz sahaja.

Berbeza dengan rekaan kamera depan jenis takuk pada generasi pertamanya, Galaxy Fold 2 dikatakan akan menampilkan rekaan yang lebih moden iaitu dengan menggunakan rekaan lubang kamera pada skrin.

Walaupun sebelum ini Samsung bercadang untuk menggunakan rekaan kamera depan di bawah skrin, ia terpaksa dilupakan kerana teknologi itu dilihat masih belum bersedia untuk digunakan buat masa ini.

Apa yang lebih menariknya, Galaxy Fold 2 turut dikhabarkan akan hadir dengan sokongan S-Pen, sama seperti S-Pen pada Galaxy Note. Bahkan bagi memastikan ketahanan permukaan skrin yang lebih baik, ia akan menggunakan teknologi Ultra Thin Glass (UTG).

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend