Spesifikasi Realme C2 Tertiris, Dipercayai Akan Dilancarkan Serentak Dengan Realme 3 Pro Pada 22 April Comments Off on Spesifikasi Realme C2 Tertiris, Dipercayai Akan Dilancarkan Serentak Dengan Realme 3 Pro Pada 22 April 346

Jika sebelum ini kita sering melihat ketirisan berita berhubung model Realme 3 Pro, ternyata Realme dipercayai akan turut memperkenalkan satu lagi model mampu miliknya dengan penawaran model Realme C2 pada majlis pelancaran yang akan berlangsung pada 22 April 2019 nanti.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh portal 91mobiles, Realme C2 dikatakan tidak menawarkan naik taraf spesifikasi yang sangat besar jika dibandingkan dengan model Realme C1 (2019). Apa yang membezakannnya hanyalah pada penggunaan cipset MediaTek Helio P22 bagi menggantikan cipset Qualcomm Snapdragon 450.

Realme C1 sebelum ini dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 22 November 2018 yang lalu.

Realme C2 juga akan menyokong kamera depan yang telah dipertingkatkan resolusinya daripada 5MP kepada 8MP. Malah model mampu milik daripada Realme ini juga dikatakan akan menyokong rekaan takuk jenis titisan air (waterdrop notch). Realme C2 juga hadir dengan dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP, dioperasikan oleh ColorOS 6.0, dan juga kapasiti bateri lebih 4000 mAh.

Berdasarkan perkongsian daripada sumber yang tidak didedahkan, Realme C2 juga akan dijual pada harga sekitar Rs.8,000 iaitu kira-kira RM474. Benar atau tidak pendedahan yang dibuat, sama-sama kita nantikannya pada 22 April 2019 nanti.

Baca juga:

Realme 3 Pro Sah Akan Dilancarkan Pada 22 April 2019 Nanti

Hasil Gambar Malam Menggunakan Realme 3 Pro Dengan Sensor Sony IMX519 Dikongsikan

Aplikasi Penanda Aras Geekbench Mengesahkan Sokongan Snapdragon 710 Pada Realme 3 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend