Spesifikasi Qualcomm Snapdragon 735 Dengan Sokongan Cipset 7nm Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Spesifikasi Qualcomm Snapdragon 735 Dengan Sokongan Cipset 7nm Mula Tertiris Di Internet 165

Bagi mengikuti rentak pengeluar telefon pintar yang dilihat semakin aktif melancarkan telefon pintar baharu di pasaran, nampaknya pengeluar cipset juga semakin komited dalam memperkenalkan cipset yang lebih berkuasa.

Walaupun Qualcomm baru sahaja melancarkan cipset Snapdragon 730 dan Snapdragon 730G untuk telefon pintar pada April 2019 yang lepas, kini pengeluar itu dipercayai akan tampil dengan versi peningkatan untuk cipset tersebut dengan cipset Snapdragon 735. Berbeza dengan siri Snapdragon 730, cipset baharu ini akan tampil dengan sokongan proses 7nm.

Snapdragon 735 yang juga akan dikenali dengan nama kod SM7250 akan menyokong lapan teras dengan konfigurasi satu teras Cortex-A76 Kryo @ 2.36GHz, satu teras Cortex-A76 Kryo @ 2.32GHz, dan enam teras Cortex-A55 @ 1.73GHz. Selain itu ia juga turut menyokong keupayaan grafik yang dipertingkatkan dengan GPU Adreno 620.

Selain Qualcomm, HUAWEI sebelum ini menjadi pengeluar cipset pertama yang menawarkan dua cipset 7nm iaitu Kirin 980 untuk peranti mercu, dan juga Kirin 810 untuk peranti kelas pertengahan.

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend