Spesifikasi Peranti Mampu Milik Daripada Google, Pixel 3a dan Pixel 3a XL Tertiris Di Internet Comments Off on Spesifikasi Peranti Mampu Milik Daripada Google, Pixel 3a dan Pixel 3a XL Tertiris Di Internet

Terkenal sebagai pembangun sistem operasi Android untuk peranti mudah alih, Google juga turut dikenali ramai melalui penawaran siri Google Pixel yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik dan juga keupayaan penggambaran yang sangat hebat. Sungguhpun begitu, jualan model terbaharunya iaitu Pixel 3 dan Pixel 3XL agak mengecewakan berikutan harga jualan yang agak tinggi.

Baru-baru ini pemilik akaun Twitter @Samsung_News_ atau lebih dikenali sebagai Max J. yang sememangnya terkenal dengan ketirisan berita telah mendedahkan spesifikasi Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL yang disasarkan untuk segmen mampu milik.

Menurut perkongsian itu, Pixel 3a dikatakan akan menyokong skrin 5.6 inci gOLED FHD+ (2220 x 1080 piksel), nisbah paparan 18.5:9, bateri 3000 mAh dan juga seberat 150g. Manakala Pixel 3a XL pula tampil dengan skrin lebih besar berukuran 6.0 inci gOLED FHD+ (2160 x 1080 piksel), nisbah paparan 18:9, bateri berkapasiti 3700 mAh, dan juga berat sekitar 170g.

Kedua-dua varian ini juga dipercayai akan menyokong fungsi AOD (Always-on Display) dengan ciri ‘Now Playing’, dan juga akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 18W. Pixel 3a dan Pixel 3a XL juga dikatakan akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Just Black, Clearly White dan juga Purple-ish.

Dari segi prestasi pula, ia masih lagi belum dapat dipastikan jenis cipset yang akan digunakan. Namun begitu berdasarkan kepada khabar angin yang diperkatakan sebelum ini,  berkemungkinan besar Pixel 3a akan dikuasakan oleh Snapdragon 670 dan Snapdragon 710 pada Pixel 3a XL.

Google sebelum ini dilaporkan akan melancarkan Pixel 3a dan Pixel 3a XL pada 7 Mei nanti untuk pasaran global, dan pelancaran rasmi di India pula akan diadakan sehari selepas iaitu pada 8 Mei 2019 nanti.

Baca juga:

Google Akan Memperkenalkan Sesuatu Pada 7 Mei – Mungkin Pixel 3a Dan Pixel 3a XL

Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL Mula Menerima Pengesahan Daripada IMDA Di Singapura

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend