Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S10, S10+, Dan S10e Mula Tertiris Comments Off on Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S10, S10+, Dan S10e Mula Tertiris 443

Siri Samsung Galaxy S10 dijadualkan dilancarkan di acara Samsung Unpacked di Amerika Syarikat pada 21 Februari 2019 (waktu Malaysia). Bagaimanapun hari ini maklumat mengenai spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga model Galaxy S10, S10+, dan S10e dilaporkan telah bocor menerusi artikel eksklusif dari GSMArena.

Samsung Galaxy S10+ (Beyond 2)

Peranti ini hadir dengan paparan Dynamic AMOLED Infinity “O” bersaiz 6.3-inci beresolusi 3040×1440 QHD+ (~522ppi) diikuti panel Corning Gorilla Glass 6 yang menyokong pengimbas cap jari dalam skrin. Ia dilengkapi tri kamera belakang menerusi sensor 12MP+12MP+16MP dengan aperture f/2.4+f/1.5+f/2.2 sementara kamera depan didatangkan dengan dwi kamera 10MP+8MP. Bateri pula dimuatkan dengan kapasiti sebesar 4,100mAh.

Samsung Galaxy S10 (Beyond 1)

Peranti kedua ini pula didatangkan dengan paparan Dynamic AMOLED Infinity “O” bersaiz 6.1-inci beresolusi 3040×1440 QHD+ (~550ppi). Perlindungan skrin masih sama iaitu menggunakan panel Corning Gorilla Glass 6 dan ia juga menyokong pengimbas cap jari dalam skrin. Sama seperti model awal tadi, ia lengkap dengan tri kamera belakang 12MP+12MP+16MP dengan aperture f/2.4+f/1.5+f/2.2. Malangnya, kamera depan hanya dibekalkan dengan satu sensor menerusi 10MP. Ia dimuatkan bateri berkapasiti 3,400mAh.

Samsung Galaxy S10e (Beyond 0)

Ini ialah model asas yang hadir dengan spesifikasi seperti paparan Dynamic AMOLED Infinity “O” bersaiz 5.8-inci beresolusi 2280×1080 QHD+ (~438ppi). Tidak seperti dua model di atas, skrin ini dipadankan panel Corning Gorilla Glass 5 sahaja. Memandangkan ia model asas, ia tidak dilengkapi tri kamera sebaliknya hadir dengan dwi kamera belakang 12MP+16MP dengan aperture f/1.5+f/2.2. Kamera depan pula menggunakan 10MP f/1.9 dan peranti ini dibungkus dengan bateri sebesar 3,100mAh.

Atas kertas, ketiga-tiga model ini bakal diperkenalkan dengan pilihan memori RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 1TB (seperti yang pernah tertiris sebelum ini). Menariknya, semua model ini menyokong ciri pengecasan pantas tanpa wayar berbalik seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini. Daripada segi pemproses, ia mungkin dibenamkan cipset Qualcomm Snapdragon 855 atau Exynos 9820.

Kesemua ini dikemaskan dengan kerangka badan berwarna Prism White, Prism Green, dan Prism Black. Sementara warna eksklusif Luxurious Ceramic White dan Luxurious Ceramic Black pula hanya tersedia di Galaxy S10+. Warna lebih ceria pula dikeluarkan menerusi model Galaxy S10e yang dinamakan Canary Yellow.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend