Spesifikasi Penuh HONOR 9X Dan 9X Pro Kini Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Spesifikasi Penuh HONOR 9X Dan 9X Pro Kini Mula Tertiris Di Internet 302

Baru-baru ini HONOR baru sahaja mendedahkan rekod jualan untuk model HONOR 8X yang dilaporkan sudah mencecah 15 juta unit di seluruh dunia. Malah tahun ini bakal menyaksikan kehadiran generasi baharu untuk siri itu dengan kemunculan bukan satu, tetapi dua model berbeza iaitu HONOR 9X dan HONOR 9X Pro.

Ketirisan gambar kotak pembungkusan HONOR 9X

Walaupun dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai 2019 di China, @xiaomishka yang merupakan salah seorang individu yang sering mendedahkan ketirisan berita yang popular dari Rusia telah mendedahkan spesifikasi penuh HONOR 9X dan HONOR 9X Pro di Twitter.

Spesifikasi HONOR 9X

Berdasarkan beberapa screenshot yang dikongsikan, HONOR 9X dan HONOR 9X Pro akan dikuasakan dengan cipset terbaharu iaitu Kirin 810 (7nm). Malah kedua-dua model ini juga turut berkongsi spesifikasi yang sama iaitu paparan skrin IPS LCD berukuran 6.59 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), bateri berkapasiti 4000 mAh, kamera depan 20MP, dan juga memiliki saiz kerangka yang sama.

Apa yang membezakan kedua-dua model ini adalah keupayaan pengecasan pantas 22.5W hanya tersedia untuk model HONOR 9X Pro, manakala model HONOR 9X hanya menyokong setakat 10W sahaja. Selain itu HONOR 9X Pro juga hadir dengan sokongan tiga kamera 48MP + 8MP + 2MP, berbanding 24MP + 8MP + 2MP untuk model HONOR 9X.

sumber

Baca juga:

Cipset Kirin 810 (7nm) Berjaya Mengatasi Snapdragon 730 (8nm) Dalam Ujian Penanda Aras AnTuTu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend