Spesifikasi Penuh Empat Kamera Pada Honor 20 Pro Tertiris, Dilengkapi Lensa Makro 2MP?! Comments Off on Spesifikasi Penuh Empat Kamera Pada Honor 20 Pro Tertiris, Dilengkapi Lensa Makro 2MP?!

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi Honor 20 dan Honor 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi, dan setakat ini kita telah ketahui bahawa Honor 20 Pro akan menampilkan rekaan lubang kamera dalam skrin. Namun berdasarkan ketirisan maklumat terbaru tentang Honor 20 Pro yang dikongsikan oleh slashleaks, ia dipercayai menyokong konfigurasi empat kamera yang berbeza dengan Huawei P30 Pro.

Melalui ketirisan imej yang dikongsikan, Honor 20 Pro akan dilengkapi empat kamera dengan lensa utama 48MP (f/1.4) menggunakan sensor Sony IMX586 yang turut menyokong ciri penstabilan OIS. Manakala lensa kedua 16MP (f/2.2) pula boleh digunakan untuk penggambaran sudut lebar, dan lensa ketiga beresolusi 8MP (f/2.4, OIS) pula menjanjikan fungsi 3x zum optikal.

Jika kebanyakan peranti dengan sokongan empat kamera tampil dengan lensa ToF, Honor 20 Pro menjanjikan kelainan dengan menawarkan sokongan lensa makro beresolusi 2MP (f/2.4, 1.75 μm). Bagi memastikan ketepatan dan kepantasan auto fokus, ia turut menyokong teknologi auto fokus laser.

Baca juga:

Imej Sebenar Honor 20 Pro Dikongsikan, Sokong Bezel Nipis Dengan Lubang Kamera Dalam Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend