Spesifikasi Pemproses Kirin 980 Tertiris Dengan Sokongan Proses 7nm Dan GPU 24 Teras Comments Off on Spesifikasi Pemproses Kirin 980 Tertiris Dengan Sokongan Proses 7nm Dan GPU 24 Teras

Sebelum ini kami ada berkongsi kemampuan prestasi pemproses Kirin 980 yang dilihat mampu mencatatkan skor AnTuTu mencecah lebih 350,000 poin. Malah pada bulan lepas juga spesifikasi awal Kirin 980 telah berjaya didedahkan dengan memperlihatkan sokongan proses 7nm yang terbaik di pasaran setakat ini.

Memandangkan cip pemproses Huawei ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 2018 nanti, hari ini TechSina telah berkongsi screenshot spesifikasi Kirin 980 berasaskan proses 7nm, empat teras Cortex-A77 pada kelajuan 2.8GHz, empat teras Cortex-A55, dan turut dilengkapi dengan cip NPU M1.

Selain itu, ia juga turut menyokong Bluetooth 5.0, sambungan LTE Cat19, dan juga cip grafik daripada Mali-G72 MP24. Sokongan GPU 24 teras ini sudah tentunya menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Kirin 970 yang sebelum ini hanya menyokong GPU 12 teras sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend