Spesifikasi Nubia Red Magic 3 Didedahkan Dengan Sokongan Snapdragon 855 Dan 8GB RAM Comments Off on Spesifikasi Nubia Red Magic 3 Didedahkan Dengan Sokongan Snapdragon 855 Dan 8GB RAM

Berbeza dengan peranti keluaran Nubia yang lain, siri Red Magic merupakan telefon pintar mercu yang sememangnya popular di kalangan pengguna yang mementingkan aspek gaming. Menjadi pencabar terdekat untuk model gaming popular Black Shark, Nubia Red Magic 3 telah dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada April nanti.

Berdasarkan pendedahan yang diperolehi daripada ujian penanda aras Master Lu yang terkenal di China, beberapa spesifikasi awal Nubia Red Magic 3 yang tampil dengan nama kod Nubia NX629J telah berjaya dikongsikan. Model terbaru ini dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dengan kombinasi memori 8GB + 128GB.

Nubia Red Magic 3 juga akan tersedia dengan paparan skrin beresolusi FHD+ atau bersamaan dengan 2340 x 1080 piksel yang masih belum diketahui saiznya. Bahkan sebelum ini juga CEO Nubia sendiri pernah memaklumkan bahawa peranti terbarunya itu akan turut menyokong kapasiti bateri yang bermula dengan angka ‘5’ iaitu 5000 mAh atau lebih, dengan pengecasan pantas 30W.

Kombinasi spesifikasi antara yang terbaik ini telah memperlihatkan Nubia Red Magic 3 berjaya mencatatkan skor sebanyak 406,129 poin, dan menariknya pihak ujian penanda aras itu sendiri mengakui bahawa prestasi ini diperolehi daripada unit kejuruteraan. Ini kerana unit yang akan dijual nanti dikatakan turut tersedia dalam varian 12GB + 256GB.

Nubia Red Magic Mars kini sudahpun boleh dimiliki secara rasmi melalui laman Nubia Malaysia pada harga RM1,899.

Peranti ini juga akan menyokong sistem penyejukan lebih komprehensif yang menggabungkan antara penyejukan udara, penyejukan cecair dan juga turbo fan. Pengalaman permainan juga diperhebatkan lagi dengan sistem getaran 4D yang mampu menjanjikan maklum balas haptik yang lebih canggih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend