Spesifikasi Motorola Razr 2019 Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Mula Tertiris Comments Off on Spesifikasi Motorola Razr 2019 Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Mula Tertiris 414

Motorola satu ketika dahulu pernah popular dengan siri Razr kerana ia menampilkan rekaan kerangka telefon yang boleh dilipat yang juga dikenali sebagai peranti clamshell. Sebagaimana yang kita ketahui, Motorola dikhabarkan akan mengembalikan semula kegemilangan Motorola Razr 2019 yang tampil dengan rekaan inovasi skrin yang boleh dilipat.

Walaupun imej peranti ini masih lagi belum didedahkan secara rasmi, XDA Developers baru-baru ini telah berkongsi spesifikasi Motorola Razr 2019 yang diperolehi melalui sumber yang tidak didedahkan. Siri ikonik ini dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses kelas pertengahan iaitu Qualcomm Snapdragon 710, dan juga GPU Adreno 616.

Razr 2019 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 4GB + 64GB atau 6GB + 128GB, dan ia tersedia dengan bateri berkapasiti 2730 mAh. Sungguhpun cipset yang digunakan berupaya untuk menyokong teknologi Quick Charge 4+, berkemungkinan besar Motorola akan menggunakan teknologi TurboPower 27W sama seperti model Moto G7 Plus.

Sama seperti Huawei Mate X dan Samsung Galaxy Fold, Motorola Razr 2019 ini menawarkan dua paparan berasingan iaitu paparan luar yang beresolusi 600 x 800 piksel (saiz tidak diketahui). Manakala untuk paparan skrin utama yang boleh dilipat itu pula tampil dengan saiz 6.20 inci beresolusi 876 x 2142 piksel.

Razr 2019 juga dilaporkan akan diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu putih, hitam dan emas. Buat masa ini harga jualan dan tarikh ketersediaan peranti ini masih belum diketahui.

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend