Spesifikasi Meizu 16 Mula Tertiris Memperlihatkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Pengecasan Pantas 32W Comments Off on Spesifikasi Meizu 16 Mula Tertiris Memperlihatkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Pengecasan Pantas 32W

Walaupun siri Meizu 15 baru sahaja dilancarkan di China pada bulan April yang lalu, Jack Wong selaku founder Meizu baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri Meizu 15 hanyalah satu percubaan dan siri Meizu 16 akan menjadi peranti paling berkuasa pernah diperkenalkan oleh mereka.

Siri Meizu 16 yang dilaporkan akan mula dilancarkan pada bulan Ogos 2018 nanti dipercayai akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan juga pemproses Qualcomm Snapdragon 710. Varian tertinggi dengan Snapdragon 845 dikatakan akan menyokong RAM berkapasiti 8GB dan ia juga bakal menyokong sensor pengimbas cap jari pada skrin sama seperti model Xiaomi Mi 8, vivo NEX dan juga vivo X21 yang baru dilancarkan di Malaysia.

Kedua-dua varian ini turut didakwa tampil dengan paparan skrin OLED dengan sokongan 3D Press dan juga mEngine tanpa rekaan takuk. Meizu 16 dengan sokongan Snapdragon 710 dipercayai akan menyokong dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel + 20 Megapiksel. Manakala Meizu 16 Plus pula akan menyokong tiga kamera beresolusi 12 Megapiksel + 12 Megapiksel + 20 Megapiksel. Kedua-duanya akan dilengkapi kamera hadapan 20 Megapiksel.

Dijangka akan dioperasikan oleh antaramuka Flyme OS 7.5 yang telah dipertingkatkan dengan keupayaan AI dan kawalan skrin penuh, Meizu 16 dikatakan akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3080 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 24W (8V3A). Meizu 16 Plus yang menyokong bateri 3600 mAh pula hadir dengan teknologi pengecasan pantas 32W (8V4A).

Ketirisan harga jualan Meizu 16:

  • 128GB + RAM 6GB – CNY3,398 (kira-kira RM2,106)
  • 128GB + RAM 8GB – CNY3,598 (kira-kira RM2,230)

Ketirisan harga jualan Meizu 16 Plus:

  • 128GB + RAM 6GB – CNY3,598 (kira-kira RM2,230)
  • 128GB + RAM 8GB – CNY3,798 (kira-kira RM2,354)
  • 256GB + RAM 8GB – CNY4,288 (kira-kira RM2,658)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend