Spesifikasi LG Velvet Kini Tertiris – Antaranya RAM 8GB, IP68 Dan Bateri 4300mAh Comments Off on Spesifikasi LG Velvet Kini Tertiris – Antaranya RAM 8GB, IP68 Dan Bateri 4300mAh

LG Electronics sebelum ini telahpun berkongsi video komersial yang mendedahkan rekaan sebenar LG Velvet yang disasarkan untuk segmen telefon pintar daripada kelas pertengahan.

Namun berdasarkan video tersebut, LG buat masa ini hanya mendedahkan bahawa LG Velvet akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G, tetapi tiada spesifikasi lain didedahkan.

Menariknya sebuah portal berbahasa Korea baru-baru ini telah berkongsi satu risalah yang mendedahkan lebih banyak spesifikasi LG Velvet. Tersedia dalam empat warna, peranti ini akan dilengkapi kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth), dan juga kamera depan beresolusi 16MP.

LG Velvet dengan dimensi berukuran 167.1 x 74.0 x 7.85mm dan berat 180g, turut menyokong speaker stereo AI, memori 8GB + 128GB, slot kad microSD sehingga 2TB, ciri kalis air IP68, dan juga bateri berkapasiti 4300mAh.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend