Spesifikasi HUAWEI Mate 30 Pro Tertiris, Dipercayai Sokong Bateri 4500mAh, Xenon Flash Dan EMUI 10 Comments Off on Spesifikasi HUAWEI Mate 30 Pro Tertiris, Dipercayai Sokong Bateri 4500mAh, Xenon Flash Dan EMUI 10 145

Tinggal lebih kurang seminggu sebelum HUAWEI mendedahkan siri HUAWEI Mate 30 secara rasmi, dan hari ini pemilik akaun Twitter iaitu @RODENT950 yang sememangnya terkenal dengan pelbagai berita ketirisannya telah memuat naik specsheets yang dipercayai milik HUAWEI Mate 30 Pro.

Berdasarkan perkongsian itu, HUAWEI Mate 30 Pro dikatakan akan menyokong paparan skrin melengkung berukuran 6.6~6.8 inci Waterfall AMOLED FHD+ (1176 x 2400 piksel), dan ia akan turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam skrin jenis optikal. Manakala bezel lebar pada skrin akan menempatkan kamera depan 32MP + lensa Ultra Wide + ToF, dengan teknologi pengecaman wajah versi 2.0 yang juga boleh digunakan untuk memantau kadar degupan jantung dan pernafasan.

Ketirisan gambar sebenar HUAWEI Mate 30 Pro yang dioperasikan dengan antaramuka Android asli ini jelas memperlihatkan rekaan skrin melengkung tanpa kehadiran butang fizikal.

Ia juga akan dikuasakan dengan cipset HiSilicon Kirin 990 5G (7nm+ EUV), dan akan dioperasikan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10. Namun sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, ia dikatakan tidak akan didatangkan dengan aplikasi Google. Mate 30 Pro juga dipercayai hadir dalam dua varian berbeza iaitu 8GB + 128GB dan juga 12GB + 512GB.

Ketirisan kotak pembungkusan HUAWEI Mate 30 yang memfokuskan pada keupayaan kamera ‘SuperSensing’.

Selain menyokong speaker stereo dengan salah satu speaker terletak di bawah skrin, Mate 30 Pro akan dijana oleh bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W dan juga SuperWirelessCharge berkelajuan 27W. Manakala rekaan skrin yang melengkung turut menyaksikan penggunaan bar kawalan volume jenis sentuhan.

Ketirisan sarung pelindung HUAWEI Mate 30 Pro yang diletakkan bersebelahan dengan HUAWEI P30 Pro.

Untuk aspek penggambarannya pula, Mate 30 Pro akan hadir dengan sokongan empat kamera yang terdiri daripada lensa 40MP (Sony IMX600, 1/1.73 RYYB, OIS, 27mm) + 40MP (Wide Cine Camera, 1/1.55 18mm, 4K60fps, Audio Zoom) + 8MP (Telephoto, f/2.4, OIS, 3x zum optikal) + ToF. Lebih istimewanya, ia dipercayai akan menggunakan Xenon flash dan juga sensor suhu warna.

Benar atau tidak pendedahan yang dibuat ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya dalam acara pelancaran rasmi siri HUAWEI Mate 30 yang akan berlangsung pada 19 September 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend