Spesifikasi HUAWEI Mate 30 Lite Berjaya Didedahkan Selepas Tersenarai Di Laman Rasmi TENAA Comments Off on Spesifikasi HUAWEI Mate 30 Lite Berjaya Didedahkan Selepas Tersenarai Di Laman Rasmi TENAA 260

Mungkin anda sedia maklum bahawa siri HUAWEI Mate 30 akan mula dilancarkan secara rasmi sekitar suku keempat tahun ini iaitu dipercayai pada bulan Oktober nanti. Sebagaimana garis masa pelancaran siri tersebut, model HUAWEI Mate 30 Lite biasanya akan diperkenalkan lebih awal di pasaran.

Walaupun tarikh pelancaran Mate 30 Lite masih lagi belum didedahkan, laman rasmi TENAA di China baru-baru ini telah mula menyenaraikan info berhubung peranti tersebut, sekaligus mengesahkan kemunculannya tidak lama lagi di pasaran. Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Mate 30 Lite akan diperkenalkan dalam dua nombor model berbeza untuk pasaran China iaitu SPN-AL00 dan juga SPN-TL00.

Berdasarkan lakaran yang dikongsikan, Mate 30 Lite akan hadir dengan rekaan lubang kamera di dalam skrin sama seperti model Nova 4, tetapi memiliki saiz bezel yang agak tebal. Ia juga dipercayai hadir dengan sokongan empat kamera dengan rekaan mirip seperti siri Mate 20, dan turut menyokong sensor pengimbas cap jari fizikal pada panel belakangnya.

Dari segi spesifikasi lain, Mate 30 Lite dipercayai akan dikuasakan dengan cipset 7nm terbaharu iaitu Kirin 810, tersedia dalam varian berbeza iaitu 6GB + 128GB atau 8GB + 256GB, skrin IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel) berukuran 6.26 inci, sistem empat kamera beresolusi 48MP + 8MP (dipercayai Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor) + 2MP (Macro), dan juga kamera depan 32MP.

HUAWEI Mate 30 Lite juga akan dioperasikan dengan Android 9.0 Pie, bateri 3900 mAh dengan pengecasan pantas, kerangka berukuran 156.1 x 73.9 x 8.3mm dengan berat 178g, dan akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Magic Night Black, hijau dan juga Aurora.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Nikmati Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Model Terpilih HUAWEI – 1 Julai Hingga 30 September 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend