Spesifikasi Honor Magic 2 Didedahkan Oleh TENAA Dengan Sokongan Kirin 980, Android Pie Dan Pengecasan 40W Comments Off on Spesifikasi Honor Magic 2 Didedahkan Oleh TENAA Dengan Sokongan Kirin 980, Android Pie Dan Pengecasan 40W

Honor Magic 2 telah dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober nanti di China dan setakat ini imej peranti itu telahpun tertiris di Internet. Namun begitu spesifikasi yang disokongnya masih lagi menjadi tanda tanya, sehinggalah model ini mula muncul di laman rasmi TENAA di China baru-baru ini.

Melalui pendedahan itu, Honor Magic 2 telah disahkan akan dikuasakan dengan pemproses yang sama seperti siri Mate 20 dengan sokongan cipset Kirin 980 dan juga dioperasikan dengan EMUI 9.0 yang berasaskan daripada Android 9.0 Pie. Manakala untuk paparannya pula, ia hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel).

Honor Magic 2 sokong paparan skrin penuh AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+.

Walaupun memiliki paparan skrin penuh dengan rekaan kerangka jenis gelongsor, Honor Magic 2 tampil kompak dengan dimensi berukuran 157.32 x 75.13 x 8.3mm dan berat mencecah 206g. Ia juga menyokong tiga kamera utama beresolusi 16MP + 24MP + 16MP, dan juga kamera depan beresolusi 16MP + 2 lensa kamera 3D TOF bagi memastikan ketepatan pengecaman wajah yang lebih baik.

Selain tiga kamera pada panel belakang, ia juga menyokong tiga kamera depan.

Setakat ini ia juga telah disahkan menyokong bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W (10V4A) sama seperti Mate 20 Pro, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia hadir dengan pengecasan tanpa wayar ataupun tidak. Bahkan TENAA turut mengesahkan kehadiran pengimbas cap jari pada skrin, tetapi berkemungkinan Honor Magic 2 tidak memiliki bicu audio 3.5mm.

Antara dua warna yang ditawarkan oleh Honor Magic 2.

Honor Magic 2 dipercayai akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu 6GB + 128GB dan juga 8GB + 256GB. Untuk mengetahui spesifikasi lebih terperinci, nantikan artikel daripada kami pada hari pelancarannya pada 31 Oktober nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend