Spesifikasi Dan Rekaan Vivo S5 Berjaya Didedahkan Sebelum Dilancarkan Pada 14 November Nanti Comments Off on Spesifikasi Dan Rekaan Vivo S5 Berjaya Didedahkan Sebelum Dilancarkan Pada 14 November Nanti 139

Berita tentang kehadiran Vivo S5 sebelum ini sudahpun mula diperkatakan sejak hujung bulan lepas lagi, dan ia telah dijadualkan akan dilancarkan pada 14 November 2019 nanti. Walau bagaimanapun, sebelum sempat ia didedahkan secara rasmi, spesifikasi dan juga rekaan Vivo S5 sudahpun mula berjaya didedahkan kepada umum.

Vivo S5 dikatakan akan dikuasakan dengan pemproses berkelajuan 2.3GHz yang berkemungkinan besar menampilkan sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 712. Ia juga dipercayai akan menyokong RAM berkapasiti 8GB dengan ruang storan sehingga 256GB, dan ia tidak tersedia dengan slot kad microSD.

Vivo S5 Cai Xukun Custom Gift Box Edition

Selain menjadi telefon pintar pertama daripada Vivo yang menampilkan rekaan lubang kamera pada skrin, Vivo S5 juga menampilkan paparan skrin AMOLED berukuran 6.44 inci FHD+ (2400 x 1080 piksel). Dengan sokongan skrin bernisbah 20:9, ia turut menawarkan sensor pengimbas cap jari dalam skrin.

Penta kamera dengan rekaan potongan berlian.

Berdasarkan pendedahan di TENAA, Vivo S5 akan diperkenalkan dalam dua varian iaitu dengan nombor model Vivo V1932A yang hadir dengan penta kamera beresolusi 48MP + 8MP + 5MP + 2MP + 5MP, dan Vivo V1932T pula memiliki tiga kamera beresolusi 48MP + 8MP + 5MP. Kedua-dua varian ini akan menyokong kamera depan beresolusi 32MP.

Vivo S5 yang memiliki kerangka berukuran 157.9 x 73.92 x 8.64mm dan seberat 188g akan dijana dengan bateri berkapasiti 4010mAh. Namun begitu hanya varian Vivo V1932A sahaja yang berjaya didedahkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas 22.5W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend