Speaker HUAWEI Sound X, Hasil Kerjasama Dengan Pakar Akustik Devialet Turut Diumumkan Comments Off on Speaker HUAWEI Sound X, Hasil Kerjasama Dengan Pakar Akustik Devialet Turut Diumumkan

Di dalam majlis pelancaran yang berlangsung malam ini, HUAWEI turut mengumumkan sebuah speaker premium hasil kerjasama dengan Devialet yang merupakan pakar akustik dari Perancis.

HUAWEI Sound X yang merupakan sebuah speaker AI ini pernah memenangi anugerah berprestij ‘iF Design Award 2020’, dan ini jelas dapat dilihat melalui rekaan kerangka elegan yang kalis debu dan juga percikan air.

Walaupun kompak, HUAWEI Sound X mampu menghasilkan audio sehingga 144Watts dan juga bunyi bes 40Hz yang lebih mendalam. Dengan sokongan tahap tekanan bunyi mencecah 93dB, ia mampu menghasilkan kekuatan audio 2x lebih kuat berbanding Apple HomePod ataupun Bose Revolve+.

HUAWEI Sound X juga mampu menghasilkan bunyi keliling sehingga 360 darjah dengan sokongan enam buah speaker yang ditempatkan di sekeliling kerangkanya.

Sokongan HUAWEI Share bukan sahaja memudahkan peralihan bunyi speaker dari telefon pintar terus ke HUAWEI Sound X, tetapi ia secara automatik akan menghentikan (pause) muzik yang sedang dimainkan apabila menerima panggilan.

Pada bahagian atas speaker ini telah menempatkan butang kawalan jenis sentuhan, dan juga fungsi tap untuk menghentikan muzik dengan lebih mudah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend