Sony Xperia XZ3 Dengan Empat Kamera Mungkin Ditawarkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Sony Xperia XZ3 Dengan Empat Kamera Mungkin Ditawarkan Tidak Lama Lagi

Telefon pintar Sony yang terkenal dengan kebolehan sistem penggambarannya hari ini dikhabarkan sedang membangunkan konfigurasi empat kamera untuk telefon pintar induk generasi akan datang iaitu Xperia XZ3.

Sumber daripada Jepun turut menambah Sony Xperia XZ3 akan diperkenalkan kepada umum akhir bulan Ogos tahun ini di acara IFA, Berlin. Dalam masa sama, mereka turut berkongsi gambar berupa sensor kamera depan dan belakang yang bakal digunakan kelak.

Trend dwi kamera juga agak lambat diguna pakai oleh Sony. Bagaimanapun beberapa bulan lalu Xperia XZ2 Premium telah diperkenalkan kepada orang ramai dengan kehadiran dwi kamera utama 19MP + 12MP.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend